![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 27 November 2025, PU Subang telah menganjurkan Program Ceramah Anti Dadah Penggal Kedua Tahun 2025 di Auditorium AWC, PU Subang dengan bertujuan meningkatkan kesedaran warga pangkalan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta memperkukuh komitmen terhadap persekitaran kerja dan keluarga bebas dadah. Program ceramah telah dimulakan dengan gimik persembahan oleh kanak - kanak Persatuan Silat SK PU Subang dan diikuti dengan ceramah pertama oleh INSP G/27401 Muhammad Amirul Salihin dari IPD Shah Alam, Bahagian Narkotik yang membincangkan modus operandi jenayah dadah, kesan penyalahgunaan dadah, serta langkah - langkah praktikal pencegahan dadah.
Ceramah kedua telah disampaikan oleh Puan Nor Azilah binti Mohamad Said dari AADK Petaling Jaya yang mana menekankan pendekatan pemulihan, pengurusan tekanan, dan sokongan sosial bagi membantu individu menjauhi dadah.
Program ceramah ini turut menampilkan pertandingan menulis sajak anti dadah yang membolehkan peserta menyampaikan mesej secara kreatif melalui seni dan penulisan. Juara pertandingan ialah PW U II Mohd Helmi bin Ali dari PUSPEKA dengan sajak bertajuk Langit Ini Saksi, diikuti Kpl U (W) Nur Athirah binti Mohd Rosli dari No 16 Skn dengan sajak bertajuk Generasi Tanpa Bayang Hitam, dan LU Nurul Syafiqah binti Mohd Sani dari Cawangan Material dengan sajak bertajuk Wira Tanpa Racun sebagai tempat ketiga.
Hadiah, cenderahati dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg Komander Pangkalan kepada semua pemenang serta penceramah sebagai tanda penghargaan.
Program ceramah ini dapat meningkatkan kesedaran warga pangkalan tentang bahaya penyalahgunaan dadah, menggalakkan penglibatan kreatif, serta memperkukuh komitmen semua pihak dalam usaha pencegahan dadah. YBhg Komander Pangkalan menyeru agar semua warga pangkalan memupuk disiplin diri, mengamalkan gaya hidup sihat, memperkukuh nilai integriti, dan berperanan secara aktif dalam membanteras penyalahgunaan dadah demi kesejahteraan perkhidmatan dan keluarga.















