![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 25 Nov 25 – Pangkalan Udara Butterworth telah menganjurkan Hari Integriti yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Tan Lai Hock TUDM dan turut dihadiri oleh Eksekutif Pangkalan serta seluruh warga PU Butterworth.
Program ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Komander Pangkalan dan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Sabiren bin Soaid, Pegawai SPRM Pulau Pinang. Ceramah ini memberi penekanan terhadap usaha menangani isu-isu berkaitan integriti dan pentingnya disiplin dalam menjaga nama baik organisasi.
Seterusnya, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan sudut integriti dan poster integriti. Program diakhiri dengan acara bergambar.
Semoga dengan penganjuran program sebegini dapat memberi kesedaran kepada warga pangkalan betapa pentingnya integriti di dalam memastikan sesebuah organisasi itu terus cemerlang.












