![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 27 November 2025 – Pangkalan Udara Kuching telah menjayakan Majlis Penutup Mini Olimpik Pangkalan dan juga acara akhir Kejohanan Olahraga Interseksyen bagi Tahun 2025. Mini Olimpik Pangkalan telah berlangsung bermula 9 Sep 25 sehingga 27 Nov 25.
Antara sukan yang telah dipertandingkan dalam Mini Olimpik Pangkalan adalah sukan Sepak Takraw, Bola Sepak, Petanque, Squash, Ping Pong, Badminton, Bola Keranjang, Bowling, Hoki, Bola Tampar, Futsal dan Olahraga.
Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan format berpasukan dan telah ditandingi oleh gabungan setiap skuadron dan cawangan di Pangkalan Udara Kuching. Terdapat lima gabungan skuadron dan cawangan yang telah menyertai pertandingan iaitu No 1 Skn, Skn 330 TUDM, Cawangan Kejuruteraan/ Cawangan Bomba/Det No 3 Skuadron, Cawangan Materiel/ Cawangan Operasi dan Skn 215 HANDAU/ Cawangan Tadbir/Tadbir Awam.
Majlis penutup Mini Olimpik ini dimulakan dengan perbarisan perarakan masuk oleh setiap gabungan. Majlis seterusnya diteruskan dengan perasmian acara akhir bagi Kejohanan Olahraga Interseksyen oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM. Johan keseluruhan Mini Olimpik Pangkalan pada tahun ini telah dirangkul oleh Skn 330 TUDM berdasarkan kutipan pingat keseluruhan bagi kesemua acara yang dipertandingkan.
Mini Olimpik Pangkalan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi merupakan satu platform penting untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan yang dipertandingkan serta mengukuhkan hubungan antara skuadron dan cawangan. Semangat juang tinggi, disiplin dan daya kerjasama yang dipamerkan para pemain bagi kesemua sukan yang dipertandingkan mencerminkan falsafah TUDM dalam mengangkat sukan sebahagian daripada budaya organisasi sepertimana tonggak keenam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu “Melestarikan Warga Udara”.















