![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 30 Januari 2026 - Pertandingan Petanque INSPRA bagi tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan pertembungan sengit di antara Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU) dan Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) dalam perlawanan akhir yang telah berlangsung di Gelanggang Petanque, Pangkalan Udara Kuantan.
Wakil Komandan INSPRA, Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM telah merasmikan perlawanan akhir yang juga turut dihadiri oleh Ketua-ketua sekolah dan bahagian, barisan jurulatih serta penuntut kursus INSPRA.
Dalam aksi perlawanan akhir, kedua-dua pasukan menampilkan perlawanan yang sengit. Namun, SKPU menunjukkan mutu perlawanan yang berbeza pada kali dengan memenangi ke semua perlawanan acara Double Open, Double Veteran dan Mix Triple sekali gus merampas kejuaraan yang dimenangi SBM pada edisi lepas. Keputusan tersebut menjadikan SKPU juara pertandingan Petanque INSPRA bagi tahun 2026.
Wakil Komandan INSPRA telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Beliau turut berpesan agar aktiviti bersukan dalam kalangan warga INSPRA perlu diteruskan bagi mempertingkatkan lagi mutu permainan seterusnya dapat menaikkan lagi nama INSPRA amnya dan TUDM khasnya di peringkat yang lebih tinggi.









