![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 29 Januari 2026 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan acara Perbarisan Serah Menyerah Tugas Pegawai Waran Institut Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) yang disaksikan oleh Komandan INSPRA di Padang Kawad INSPRA.
Perbarisan tersebut diketuai oleh PW U I Parakas A/L Kumaran manakala Ketua Flait No.1 dipimpin oleh PW U II Kali Devan A/L Kerisnan, Ketua Flait No.2 PW U II Muhammad Azahirul bin Dzulkifli, Ketua Flait No.3 PW U II Redzuan bin A.Aziz dan Ketua Flait No.4 PW U II Mohd Zaki bin Mohd Zaid.
Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Waran INSPRA dan seterusnya acara penyerahan serah terima tugas di antara PW U I Khairul Mazlan bin Hashim kepada PW U II Muhamad Suhaimi bin Kasnol sebagai kesinambungan dan kelancaran pengurusan kerjaya di INSPRA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PW U I Khairul Mazlan bin Hashim atas segala khidmat bakti, komitmen serta sumbangan beliau sepanjang bertugas di INSPRA.







