Select your language

KURSUS SAFETY OFFENSIVE AND EXECUTIVE PROTECTION DRIVING SIRI 2/2026

1 2 6
3 4 5
7

 

SERDANG, 30 Januari 2026 - Majlis Penutup Kursus Safety and Executive Protection Driving Siri 1/26 telah disempurnakan oleh Lt Kol Rohaizad bin Md Don TUDM, Pegawai Staf 1 SISMAT yang diadakan di MAEPS, Serdang. Kursus yang berlangsung dari 28 hingga 30 Jan 26 ini telah dihadiri oleh seramai 30 anggota terdiri daripada anggota tred Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) yang majoritinya bertugas sebagai Pemandu Pegawai Kanan.

Objektif kursus ini adalah sebagai satu platform untuk memahami dan melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pemandu Pegawai Kanan, menerapkan budaya dan ciri-ciri seorang pemandu yang ofensif dan berkemahiran, meningkatkan tahap keyakinan dan kemampuan kawalan ketika dalam keadaan kecemasan serta mengamalkan prinsip pemanduan defensif dalam kaedah pemanduan harian.

Turut hadir bagi majlis penutup ini adalah Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Rashidy bin Zulkifli TUDM.

Semoga dengan kursus yang telah dilaksanakan dapat memberi input kepada para peserta serta segala ilmu dan panduan yang diperolehi dapat dikongsikan bersama di unit masing-masing.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY