![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 21 Nov 25 – Pangkalan Udara Butterworth telah menganjurkan Pertandingan Interseksyen RMAF 10KM Challenge dan penutup sukan interseksyen yang melibatkan penyertaan daripada semua peringkat pegawai, anggota LLP, dan kakitangan awam PU Butterworth.
Sebelum acara larian bermula, semua peserta telah mengikuti sesi pemanasan badan, diikuti dengan acara bergambar. Pelepasan larian bagi acara RMAF 10KM Challenge telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Tan Lai Hock TUDM.
Bagi Pertandingan RMAF 10KM Challenge, gabungan Cawangan Operasi, Bomba dan Skn 310 telah dinobatkan sebagai juara dan juara keseluruhan bagi pertandingan Interseksyen PU Butterworth tahun 2025 turut disandang oleh gabungan Cawangan Operasi, Bomba dan Skn 310. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan dan eksekutif pangkalan.
Dalam ucapan penutup, Komander Pangkalan menegaskan bahawa objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk memupuk budaya gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga pangkalan. Beliau turut mengingatkan agar setiap warga pangkalan sentiasa memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap terbaik demi menjamin kecemerlangan organisasi TUDM. Mengakhiri ucapannya, Komander Pangkalan mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas semangat juang yang tinggi serta kejayaan menamatkan cabaran larian 10KM.












