![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 19 Nov 25 - Unit Keselamatan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) dengan kerjasama Cawangan BOMBA PU Sendayan telah melaksanakan ceramah dan latihan kebakaran bagi tahun 2025 bertempat di Tempat Berkumpul Parkir Kenderaan INSTAR.
Ceramah dan latihan kebakaran ini dilaksanakan pada setiap tahun mengikut fokus tahunan yang telah dikeluarkan oleh Cawangan Bomba PU Sendayan. Latihan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada anggota/staf awam dan penuntut kursus di INSTAR agar sentiasa bersedia untuk membuat langkah pencegahan awal jika berlaku kebakaran.












