![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 21 November 2025 – Pihak Pengurusan Sukan Pangkalan Udara Subang telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Kejohanan Mini Olimpik (KMO) Pangkalan Udara Subang TUDM bertempat di Stadium Mini Pangkalan Udara Subang pada 21 Nov 25. Majlis yang bermula pada jam 1530H ini telah diserikan dengan persembahan pembukaan dari pelajar-pelajar SK TUDM Subang sebelum diteruskan dengan acara perlawanan ragbi KMO antara No 20 Skn dan No 8 Skn bagi merembut tempat ketiga dan keempat. Seterusnya, perlawanan akhir ragbi bagi merebut gelaran juara telah dilaksanakan antara pasukan Gabungan Cawangan Kejuruteraan/No 2 Skn dan pasukan Gabungan Cawangan Materiel, PUSPEKA dan Cawangan Bomba.
Majlis penutup juga telah dimeriahkan dengan kehadiran peserta-peserta kontinjen dari 6 buah pasukan yang menyertai Kejohanan Mini Olimpik sepanjang tahun 2024 dan 2025. Bagi menambahkan kemeriahan acara, para jemputan dan penonton telah disajikan dengan persembahan api dari anggota dari Cawangan Bomba sebagai persembahan penutup.
Kemuncak acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah untuk para pemenang oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM dan diiringi oleh Pengerusi Sukan Pangkalan, Lt Kol Norlela binti Harun TUDM. Bagi perlawanan ragbi KMO, tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan dari No 20 Skn, Naib Juara Ragbi KMO dimenangi oleh pasukan Gabungan Cawangan Kejuruteraan/No 2 Skn, manakala Johan Ragbi KMO telah diungguli oleh pasukan Gabungan Cawangan Materiel, PUSPEKA dan Cawangan Bomba yang membawa pulang pingat serta piala pusingan.
Seterusnya, bagi Kontinjen Terbaik Majlis Penutup KMO yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil telah dimenangi oleh Gabungan Cawangan Tadbir/Skn 211 HANDAU/IPP, diikuti oleh Gabungan Cawangan Kejuruteraan/No 2 Skn dan No 8 Skn. Akhir sekali, antara anugerah yang paling dinanti-nantikan adalah pemenang keseluruhan bagi Kejohanan Mini Olimpik bagi Tahun 2024/2025. Juara KMO telah dinobatkan kepada pasukan Gabungan Cawangan Kejuruteraan/No 2 Skn, Naib Juara ialah No 8 Skn seterusnya tempat ketiga dimenangi oleh No 20 Skn.
Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau amat berbangga dengan pencapaian dan penglibatan yang telah ditunjukkan oleh semua warga pangkalan dalam menjayakan Kejohanan Mini Olimpik yang telah dilaksanakan bermula tahun 2024. Secara amnya, beliau berharap agar kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh warga pangkalan dalam sukan dapat diteruskan pada masa hadapan selaras dengan hasrat YBhg Panglima Tentera Udara.Dalam ucapannya juga, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Sukan Pangkalan Udara Subang yang telah berusaha untuk menjayakan Majlis Penutup KMO pada tahun 2025. Beliau juga telah mengisytiharkan insentif untuk diberikan kepada pemenang-pemenang Kejonanan Mini Olimpik sebagai suntikan semangat dan pendorong kepada semua pasukan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
Majlis penutup diakhiri dengan upacara turun bendera Kejohanan Mini Olimpik Oleh anggota dari Skn 211 HANDAU sebagai simbolik berakhirnya Kejohanan Mini Olimpik pada tahun 2025.















