PERBARISAN DAN MESYUARAT PROVOS MARSYAL UDARA SIRI 6/25

1 2 3 4
5 6 7 8
9 10 11 12

 

SENDAYAN, 26 November 25 – Perbarisan Provos Marsyal Udara, Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM, telah diadakan di perkarangan Cawangan Provos Marsyal TUDM. Perbarisan ini terdiri daripada tiga (3) Pegawai dan 36 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Kapt Tengku Muhammad Dhiyauddin bin Tengku Daniel TUDM. Ajutan Perbarisan adalah Lt Izman Haziq bin Rosli TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Mohd Afsham bin Saad.

Perbarisan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti rejimental di peringkat Cawangan yang telah dirancang bagi tahun 2025. Aktiviti ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan pasukan, memastikan tahap disiplin anggota serta memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai dan anggota yang telah mengharumkan nama baik TUDM khasnya dan CPM TUDM amnya. Selain itu dengan pelaksanaan perbarisan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat berpasukan dan mengukuhkan hubungan kepimpinan disamping menyampaikan hasrat pucuk pimpinan.

Di perbarisan ini, Provos Marsyal Udara telah menyempurnakan penyampaian Sijil Kepujian Cawangan Provos Marsyal tahun 2025. Sijil Kepujian ini merupakan anugerah yang diberikan kepada anggota LLP yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan cemerlang dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Anugerah ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu kategori Pegawai Penyiasat Terbaik dan, kategori Detektif Terbaik. Bagi anugerah Pegawai Penyiasat Terbaik telah di anugerahkan kepada Sjn U (W) Norehan daripada CPJ Zon Utara manakala anugerah Detektif Terbaik telah disandang oleh Kpl U Gary bin Gompin.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Kapt Hakim bin Hashim TUDM, Kpl U (W) Julya binti Jamil dan Kpl U (W) Nurul Fitrah binti Bakri di atas pencapaian sukan apabila menjadi juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Antara Perkhidmatan. Majlis juga turut menyaksikan apabila Kpl U Nik Eaizad Albasri bin Bachtiar Enier dan Kpl U Abdul Halim bin Harun turut diberikan sijil penghargaan atas kecemerlangan dalam memenangi tempat ke 2 Menembak Antara Perkhidmatan mewakili TUDM. Kedua-dua anggota CPM ini seterusnya dipilih untuk mewakili Pasukan Menembak ATM bagi peringkat Kebangsaan.

Usai perbarisan, program diteruskan lagi dengan Mesyuarat Provos Marsyal Udara Siri 6/25. Mesyuarat ini bertujuan bagi membentangkan dan membincangkan hala tuju siasatan serta mengemaskini prosedur berkenaan siasatan yang akan dilaksanakan dilapangan kelak. Turut dibentangkan adalah Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2026 yang akan tiba tidak lama lagi.

Turut hadir ke Perbarisan dan Mesyuarat ini adalah PS 1 Pendakwaan, Lt Kol Khuzairi bin Mohd Arshad TUDM; PS 1 Operasi, Mej Muhammad Rizal bin Hj Sabran TUDM; PS 2 Siasatan, Mej Mohd Al Omar bin Che Abu Bakar TUDM; Ketua-ketua CPJ Zon serta Pegawai-pegawai dan Anggota CPM TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY