![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KOTA BHARU, 23 Nov 25 – Wisma Bintara Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Majlis Annual Dinner Tahun 2025 bertempat di Hotel Grand Riverview. Majlis yang berlangsung dengan tema “Sport Coat & Glamorous” ini dihadiri warga Wisma Bintara bersama pasangan masing-masing dalam suasana penuh meriah dan harmoni. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YBhg Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM, Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak.
Acara dimulakan dengan perasmian Buku Piagam Wisma Bintara, sebagai simbol komitmen warga Wisma terhadap peningkatan tadbir urus dan kecemerlangan perkhidmatan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada PTTK yang bakal menamatkan perkhidmatan, termasuk penghargaan kepada President Mess Committee atas sumbangan terhadap pengurusan Wisma Bintara dan turut akan menamatkan perkhidmatan.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan aktiviti cabutan bertuah, persembahan live band serta tayangan montaj yang mengetengahkan sorotan aktiviti dan penglibatan warga Wisma Bintara.
Sebagai tanda penghargaan warga Wisma Bintara kepada kepimpinan pangkalan, majlis turut menyaksikan tayangan montaj dan penyampaian cenderahati perpisahan kepada Komander Pangkalan. Dalam ucapan penutup, Komander Pangkalan menzahirkan penghargaan terhadap komitmen, disiplin dan peranan penting para PTTK Wisma Bintara sebagai nadi penghubung kepimpinan dan kekuatan pangkalan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para isteri serta jawatankuasa penganjur atas sokongan dan dedikasi yang menjadi tonggak kecemerlangan Wisma Bintara dan Pangkalan Udara Gong Kedak.















