PENGLIBATAN TUDM SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

1 2 3
4 5 6

 

SHAH ALAM, 30 Ogos 2025 - Dataran Kemerdekaan Shah Alam bergema sekali lagi dengan laungan Keramat Merdeka oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor menandakan kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 Peringkat Negeri Selangor.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung diDataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025.

TDM, TLDM dan TUDM mewakili Kontinjen ATM terdiri daripada empat (4) pegawai dan 146 anggota lain-lain pangkat (LLP), Bagi TUDM penyertaan melibatkan seorang (1) pegawai dan 42 anggota LLP. Kontinjen ini menampilkan disiplin tinggi serta semangat patriotisme yang menjadi lambang warga ATM.

Turut hadir menyaksikan acara gilang-gemilang ini ialah Brig Jen Yusri Jamari TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang, bersama kepimpinan negeri Selangor, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta agensi-agensi yang lain.

Pengunjung disajikan dengan perarakan dan perbarisan dengan penyertaan 81 kontinjen, termasuk Jabatan Kerajaan, Pihak Swasta, Pancaragam Sekolah, ATM, dan PDRM, aksi cegah jenayah oleh PDRM, dan persembahan oleh ATM serta JBPM.

Antara menarik adalah Persembahan Tarian Kebudayaan, pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Hattan, Ruffedge, Aisha Retno, Shafie Rio, Adi Wow dan Bunga.

Dataran Kemerdekaan Shah Alam menjadi saksi lebih 70 ribu pengunjung yang setia menunggu sehingga tamat konsert bersama kumpulan Bunkface.

Kehadiran Pegawai dan anggota TUDM menyerlahkan komitmen warga udara dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan, seiring tema tahun ini “Malaysia Madani, Rakyat Disantuni”.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY