FSJN ESWARAN MURALI “THE HEAD HUNTER” DAN KPL U ARFIQANIE “PUTIH PRETTY BOY” CATAT KEMENANGAN CEMERLANG DALAM TWINS CHAMPIONSHIP 102

1 4 7
9 13 15

 

NILAI, 30 Ogos 2025 – Aksi bertenaga serta ketahanan mental luar biasa telah dipamerkan oleh peninju negara FSjn Eswaran Murali dikenali dengan gelaran “The Head Hunter” dan Kpl U Arfiqanie dengan gelaran “Putih Pretty Boy” telah berjaya menundukan lawan masing-masing di dalam kejohanan tinju profesional TWINS CHAMPIONSHIP 102 yang berlangsung di N9 Arena, Nilai.

FSjn Eswaran Murali menewaskan lawannya dari Australia, Mitchell dalam kategori Middle Weight, berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah (undefeated) dengan catatan 9-0. Walaupun pertarungan berlangsung hingga ke pusingan terakhir, Eswaran berjaya meraih kemenangan bergaya melalui kelebihan mata hasil daripada “clean shots” yang tepat serta pertahanan mantap yang menyukarkan pihak lawan melakukan serangan balas.

Turut membanggakan Kpl U Arfiqanie, berjaya menundukkan lawannya dari Indonesia, Eko Ariyo dalam kategori Super Light Weight. Pertarungan kedua-dua peninju bertarung sengit sehingga enam pusingan penuh. Walaupun lawannya memberi tentangan hebat, Kpl U Arfiqanie membuktikan ketenangan serta disiplin taktikal yang tinggi, sekali gus berjaya meraih kemenangan melalui kiraan mata yang memihak kepadanya.

Lebih membanggakan, mereka merupakan anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU), malah turut mengharumkan nama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kejayaan ini membuktikan bahawa sebagai peninju profesional semangat juang serta ketangkasan taktikal adalah kunci kejayaan dalam gelanggang serta ketangkasan fizikal dan mental yang melambangkan keunggulan seorang anggota pasukan elit negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada “The Head Hunter” dan “Putih Pretty Boy” yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa di atas kejayaan membanggakan ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY