![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 29 Ogos 2025 – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan Program Jiwa Murni bertempat di Masjid Kariah Kampung Jaya Gading, Kuantan.
Program ini diketuai oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM bersama 29 orang staf INSPRA dan 60 peserta kursus. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat serta pembahagian tugas yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid. Kawasan tumpuan pembersihan merangkumi ruang dalam dan persekitaran masjid termasuk kawasan perkuburan Masjid Jaya Gading.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM yang berkesempatan beramah mesra bersama warga kariah. Beliau juga telah menyampaikan cenderahati serta sumbangan ikhlas daripada warga INSPRA kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid.
Program Jiwa Murni ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada warga kariah dalam usaha mewujudkan persekitaran masjid yang lebih selesa dan kondusif. Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Imam Besar Masjid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran serta komitmen warga INSPRA dalam menjayakan program ini.