PEMBUKAAN TRADE INSTRUCTOR COURSE - AIR DEFENCE (TIC-AD) SERIAL 14/25, AIR SURVEILLANCE MANAGEMENT COURSE (ASMC) SERIAL 73/25 & BASIC AIR SURVEILLANCE OPERATOR COURSE (BASOC) SERIAL 56/25

572942120 826369073679551 8161358063387599728 n 573046762 826369460346179 1075374236440218533 n 573560797 826369237012868 349456276520828401 n
573879491 826369360346189 2887543412219199814 n 574317526 826369157012876 9206941358876931087 n

 

KUANTAN, 3 Nov 25 - Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Trade Instructor Course - Air Defence (TIC-AD) Serial 14/25, Air Surveillance Management Course (ASMC) Serial 73/25 & Basic Air Surveillance Operator Course (BASOC) Serial 56/25 yang telah dilaksanakan di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA).

TIC-AD Serial 14/25 telah bermula pada 3 Nov 25 dan dijangka tamat pada 28 Nov 25. Kursus ini telah dihadiri oleh 8 x Peserta Kursus yang terdiri daripada 1x Mej TUDM, 3x Kapt TUDM dan 4 x PTTK berpangkat FSjn dan Sjn U. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih pegawai dan anggota dari ketukangan Kawal & Lapor (K&L) dan Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) untuk menjalankan tugas sebagai jurulatih ketukangan yang berkelayakan.

Manakala bagi ASMC Serial 73/25 telah bermula pada 3 Nov 25 dan dijangka akan tamat pada 19 Dis 25. Peserta kursus ini terdiri daripada 10 x anggota LLP berpangkat Sjn U. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih dan melahirkan PTTK dari ketukangan Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) berpangkat Sjn U bagi melaksanakan tugas Air Surveillance Officer (ASO) di unit-unit pertahanan udara.

Seterusnya bagi BASOC Serial 56/25 pula, kursus bermula 3 Nov 25 dan dijangka tamat pada 30 Apr 26 dihadiri seramai 30 x peserta kursus berpangkat Laskar Udara II (LU II) U/T. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota Non Trademan sebagai anggota Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) dengan memberikan pengetahuan asas dan kemahiran untuk melaksanakan tugas sebagai Operator Pengawasan Udara di dalam seksyen pengawasan udara dan dalam masa yang sama, peserta kursus juga akan dinaikkan ke band 2 selepas lulus menjalani kursus ini.

Diakhir majlis Ketua Sekolah berharap agar semua Peserta Kursus dapat menjalani kursus dengan penuh ikhlas dan bersemangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi agar dapat mengimplimentasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari semaksima yang mungkin di unit kelak. Beliau juga turut menyampaikan nasihat yang berguna kepada Peserta Kursus sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY