PEMBUKAAN KURSUS BASIC AIR TRAFFIC CONTROL ASSISTANT (BATCA) SERIAL 57/25

IMG 9861 IMG 9864
IMG 9871 IMG 9877

 

KUANTAN, 3 Nov 25 – Majlis Pembukaan Kursus Basic Air Traffic Control Assistant (BATCA) Serial 57/25 telah berlangsung di Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA). Kursus BATCA serial 57/25 telah dihadiri oleh 29 peserta kursus yang baru menamatkan latihan Perajurit Muda di Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh berpangkat LU II (U/T). Kursus ini bermula pada 3 Nov 25 dan dijangka tamat pada 13 Nov 26.

Objektif utama kursus BATCA adalah untuk melatih anggota bagi melaksanakan tugas-tugas di Bilik Operasi Pangkalan sebagai Junior Operation Operator (JOO).

Majlis pembukaan kursus ini telah dirasmikan oleh Mej Noor Azreen binti Abdullah TUDM selaku Pemangku Ketua Sekolah SKTU. Beliau juga turut memberi kata-kata semangat dan ucapan selamat datang kepada peserta kursus. Dalam ucapan Pemangku Ketua Sekolah juga turut mengingatkan kepada semua peserta kursus supaya tidak sekali-kali melibatkan diri dengan kegiatan salah laku seperti penyalahgunaan dadah, buli, judi online, sexual harassment dan juga perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej sebagai seorang anggota tentera.

INSPRA mengucapkan selamat maju jaya dan diharapkan agar semua peserta kursus dapat memberikan sepenuh komitmen di sepanjang kursus ini berlangsung.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY