![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 3 Nov 25 - Sekolah Bomba dan Menyelamat, Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Bomba Kelas II (Basic Aero Firefighter) siri 63/25 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat yang telah disempurnakan oleh Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat, Mej Muhamad Zamri bin Harun TUDM diiringi Kapt Mohamad Khairul bin Abdul Razak, Ketua Sel Bantuan Sekolah Bomba dan Menyelamat. Majlis juga turut dihadiri barisan Jurulatih serta staf² SBM.
Kursus Bomba Kelas II (Basic Aero Firefighter) siri 63/25 bermula dari 3 Nov 25 dan dijangka tamat pada 20 Mac 26 telah dihadiri oleh 30 x pelatih berpangkat Laskar Udara II.
Melalui ucapan pembukaan, Ketua Sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kursus dan berharap agar semua dapat menjalani kursus dengan penuh semangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi agar dapat mengimplimentasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari. Selain itu, Ketua Sekolah juga turut mengingatkan kepada semua peserta kursus supaya tidak sekali-kali melibatkan diri dengan kegiatan salah laku seperti buli, penyalahgunaan dadah, judi online, sexual harassment dan juga perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej sebagai seorang anggota tentera. Selamat menjalani kursus kepada semua peserta.








