LARIAN 10 KM CHALLENGE DAN PENUTUP MINGGU KESELAMATAN PANGKALAN UDARA KUCHING BAGI TAHUN 2025

WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.46 1 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.45 1 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.45 2
WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.45 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.46 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.48
WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.47 1 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.47 2 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.43

 

KUCHING, 2 November 2025 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan acara Larian 10 KM Challenge dan Penutup Minggu Keselamatan bagi tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Angkasa, PU Kuching. Acara ini telah disertai oleh Pegawai, Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta BAKAT PU Kuching.

Acara dimulakan dengan sesi senam robik yang diketuai oleh Pegawai Kadet PALAPES UNIMAS diikuti dengan taklimat keselamatan dan penerangan mengenai laluan larian yang disampaikan oleh Jurulatih Jasmani PU Kuching. Pelepasan larian telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Kol Simanchalam a/l Letchumanan TUDM.

WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.44 2 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.44 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.47
WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.48 2 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.49 1 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.49 2
WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.49 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.44 1 WhatsApp Image 2025 11 03 at 16.52.48 1

 

Seterusnya, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa objektif utama penganjuran acara sukan ini adalah untuk memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga TUDM. Selain itu, penganjuran pertandingan sebegini turut bertujuan untuk mewujudkan budaya persaingan secara sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga PU Kuching.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan larian dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Larian 10 KM Challenge Tahun 2025.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY