![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 10 Okt 25 – Pangkalan Udara Kuantan telah melancarkan Sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat pangkalan bertempat di Padang Polo, pagi ini. Turut hadir ialah Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Muhammad Halid bin Abd Hamid TUDM serta barisan eksekutif pangkalan.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Perwira Di Angkasa sebelum aktiviti senamrobik dijalankan yang diketuai oleh jurulatih jasmani pangkalan. Penglibatan Hari Sukan Negara turut melibatkan semua warga pangkalan serta staf tadbir awam.
Penganjuran Hari Sukan Negara untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).












