Select your language

GAYA HIDUP SIHAT MENJADI KEUTAMAAN DALAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT PANGKALAN UDARA SENDAYAN 2025

WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.33 1 WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.33 2 WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.33
WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.34 1 WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.34 2 WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.34
WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.35 1 WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.35 WhatsApp Image 2025 10 10 at 14.36.36

 

SENDAYAN, 10 Okt 25 – Amalan gaya hidup sihat dan meningkat stamina semestinya menjadi keutamaan warga Pangkalan Udara Sendayan. Sempena sambutan Hari Sukan Negara, acara pemanasan badan telah dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya Larian Fun Run sejauh 5 km telah dilaksanakan dengan jayanya di Padang Kawad Markas Pangkalan.

Program seumpama ini diadakan pada setiap tahun bagi menyemarakkan semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan silaturrahim dalam kalangan warga pangkalan.

Acara ini telah disertai oleh seluruh warga pangkalan yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP dengan kehadiran Komander Pangkalan, Kolonel Narulnizam bin Razali TUDM, yang turut bersama-sama memeriahkan aktiviti sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk budaya kecergasan dan kesihatan dalam kalangan warga TUDM.

Komander Pangkalan Kolonel Narulnizam bin Razali TUDM telah melepaskan peserta larian Fun Run 5 km dan turut bersama menyertainya.

Sepanjang laluan 5km melalui jalan-jalan utama di pangkalan, peserta peserta larian telah dibawa ke kawasan trek bagi menguji ketahanan fizikal, malah memberi peluang kepada warga pangkalan untuk menikmati suasana santai dalam semangat kesukanan dan kebersamaan.

Di bawah kepimpinan Kolonel Narulnizam bin Razali TUDM semua warga pangkalan disaran agar bersukan selalu dan menjaga prestasi diri agar mencerminkan komitmen dan kesepaduan dalam menyokong aspirasi Hari Sukan Negara, seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY