SENDAYAN, 4 Julai 23 – Bertempat di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Sendayan telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Keselamatan Pangkalan dan Ketua Cawangan Bomba di antara Kapt Mohamad Khairul bin Abdul Razak TUDM, Kapt Rafizul bin Jos TUDM dan Lt Muhammad Nur Zulhusni bin Ahmad Fuzi TUDM sambil disaksikan oleh Komander Pangkalan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM.
Kapt Rafizul bin Jos TUDM akan membuat tugas sebagai Pegawai Keselamatan dan Lt Muhammad Nur Zulhusni bin Ahmad Fuzi TUDM akan membuat tugas sebagai Ketua Cawangan Bomba yang baru manakala Kapt Mohamad Khairul bin Abdul Razak TUDM akan bertugas di Sekolah Bomba dan Menyelamat TUDM (INSPRA).