SUBANG, 4 Jul 23 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Padang Kawad Markas yang dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP serta kakitangan awam yang berkhidmat di MPBU.
Acara dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah MPBU, Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM. Turut diadakan semasa perbarisan ialah Majlis Pemakaian Pangkat anggota LLP dan Sumbangan Kebajikan kepada anggota MPBU.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau telah merakamkan ucapan tahniah kepada anggota MPBU yang telah dinaikkan pangkat dan berharap dapat mengekalkan kecemerlangan di dalam melaksanakan tugasan yang di amanahkan dengan sebaik mungkin. Selain itu, beliau juga menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota markas yang telah meninggal dunia dan berharap anggota redha dan sabar akan ujian tersebut.
Ucapan telah diakhiri dengan ulasan mengenai Direktif PTU 18.A berkenaan salah laku integriti dan salah laku perikemanusiaan. Beliau berharap anggota markas dapat mengekalkan kecemerlangan disiplin untuk menjadikan MPBU sebuah organisasi yang cemerlang dan berintegriti.