MESYUARAT WISMA BINTARA TUDM SIRI 1/23

WhatsApp Image 2023 07 05 at 20232 PM

 

KUALA LUMPUR, 4 Jul 23 – Mesyuarat Wisma Bintara TUDM Siri 1/23 melibatkan kehadiran Presiden Mess Committe (PMC) dan Chief Mess Committe (CMC) dari 15 Wisma Bintara seluruh Pangkalan/Unit TUDM telah dilaksanakan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Wisma Bintara ATM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Waran Markas Tentera Udara, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir yang mewakili Pegawai Waran TUDM.

Objektif mesyuarat ini dilaksanakan adalah bagi membincangkan mengenai pentadbiran aktiviti Wisma Bintara, Modul Kursus Induksi Wisma serta strategi memperkasakan kepimpinan di peringkat PTTK di seluruh pangkalan TUDM berteraskan keperluan Perintah Ulung PTU Tonggak Ke-3 iaitu 'Pemerkasaan dan Pengupayaan Warga Udara melalui "Key Succes Factor" Ke-4 iaitu Kualiti Kepimpinan Organisasi.

Sebelum mengakhiri sesi mesyuarat, pengerusi telah mengingatkan kepada semua PMC dan CMC Wisma Bintara agar sentiasa telus, berintegriti dan mempunyai 'Loyalty' yang tinggi di dalam menguruskan perjalanan Wisma Bintara di pangkalan agar tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penganiayaan terhadap Ahli-ahli Wisma Bintara.