![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 10 Feb 25 – Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM telah hadir bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Sijil Aircraft Maintenance Training Organisation (AMTO) kepada Sekolah Sistem Pesawat A400M No 8 Skuadron yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah DGTA, Brig Jen Ruszali bin Zakaria TUDM di Auditorium No 8 Skuadron.
Penyampaian sijil AMTO ini adalah sebagai tanda pengiktirafan oleh pihak Directorate Technical Airworthiness (DGTA) kepada Sekolah Sistem Pesawat A400M yang mematuhi regulasi MSTAR 66 dan MSTAR 147. Pensijilan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Pangkalan Udara Subang meningkatkan kompetansi anggota kejuruteraan dalam mengoperasi dan membaikpulih pesawat A400M.
Turut hadir ke majlis adalah Pengarah TAQR, Kol Marzuki bin Ramli TUDM; Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Ir. Dr. Md Fuad Shah bin Koslan TUDM; Pegawai Memerintah No 8 Skuadron selaku Accountable Manager, Lt Kol Phanom A/L Achuan TUDM; Training Manager, Lt Kol Mohamad Fairuz bin Ishah TUDM serta seluruh warga No 8 Skuadron.