![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KOTA SAMARAHAN, 11 Februari 2025 – Pesawat AW139 dari Detasmen No 3 Skuadron, Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan penerbangan ulung ke Kompleks Radar Gunung Ngili (KRGN) bagi membawa krew pertukaran detasmen Skuadron 330 TUDM.
Ia melakar sejarah baharu kepada pengoperasian Detasmen No 3 Skuadron dan Skuadron 330 yang ditubuhkan pada tahun 2013 apabila berjaya melaksanakan pertukaran krew detasmen bagi penugasan di KRGN dengan menggunakan pengangkutan udara.
Pertukaran detasmen menggunakan pengangkutan udara ini dilaksanakan kerana akses jalan darat di laluan utama ke KRGN tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat rentetan daripada cuaca buruk dan banjir di Sarawak yang menyebabkan berlaku tanah mendap.
Pelaksanaan misi ini jelas membuktikan keberkesanan pengoperasian pesawat AW139 di Malaysia Timur dalam meningkatkan kesiagaan operasi TUDM dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara di wilayah Sabah dan Sarawak.