![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 6 Feb 25 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan satu program ceramah sempena Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 2025M/1446H peringkat pangkalan bertempat di Masjid Ar-Raudhah, PU Gong Kedak.
Ceramah ini telah dilaksanakan selepas solat Solat Fardu Margrib yang disertai seramai 272 orang warga PUGK dan kariah setempat sehingga Azan Isya’. Penceramah jemputan merupakan tenaga pengajar di Ribat Thoha, Pasir Puteh, Kelantan iaitu Ustaz Amirullah bin Razali dengan ceramahnya yang bertajuk “Hikmah dan Ibrah Peristiwa Israk dan Mikraj“. Turut hadir bagi mendengar ceramah adalah barisan Eksekutif Pangkalan.
Isi kandungan ceramah adalah berkisarkan sejarah peristiwa israj mikraj yang boleh dijadikan pedoman dan rujukan oleh semua yang hadir. Semoga dengan program perkongsian ilmu daripada penceramah berpengalaman ini akan dapat kita memberi panduan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim.