MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN (BMI) PU KUANTAN SIRI 1/24

DSC 6662 DSC 6663 DSC 6664
DSC 6672 DSC 6675 DSC 6678
DSC 6680 DSC 6686 DSC 6690

 

KUANTAN, 6 Mac 24 – Cawang Jasmani PU Kuantan telah mengadakan Majlis Penutup Program Penurunan Berat Badan (BMI) Siri 1 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pangkalan, pagi ini. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Baharyzal bin Bahrudin TUDM.

Program ini dihadiri seramai 26 anggota. Ianya bermula pada 5 Februari dan tamat pada 29 Februari yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah circuit training, agility training, strength training, tabata, hiking, renang, LSD dan juga HIIT.

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan anggota yang sihat dari segi fizikal dan mental seterusnya mewujudkan kualiti kerja yang sihat serta meningkatkan tahap kecergasan anggota seterusnya mencapai penurunan tahap Body Mass Index (BMI) ke tahap ideal. Disamping itu juga, peserta program ini turut diberikan pengetahuan tentang pengambilan makanan yang sihat atau keseimbangan makanan serta pengetahuan dalam pelaksanaan latihan fizikal jasmani.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan program serta mendapat BMI yang ideal.