SUBANG, 6 Mac – Pangkalan Udara Subang telah mengkoordinasi Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah ATM peringkat pangkalan di Dewan Ababil.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ATM yang telah disaksikan oleh Komander Pangkalan, Kol Yusri bin Jamari TUDM serta Pengarah PUSPEKA, Kol Nornizam bin Kamarudin TUDM. Aktiviti ini merupakan susulan arahan pelaksanaan IBR bagi semua lapisan anggota TUDM sebagai salah satu inisiatif bagi mengekang dan membasmi gejala rasuah di dalam TUDM.
Seterusnya, taklimat berkenaan insurans kelompok disampaikan oleh Puan Andrita Kassim, Pegawai Eksekutif daripada Koperasi Tentera Cawangan Subang Perdana. Para pegawai dan anggota turut berpeluang untuk mengemaskini data peribadi melalui kaunter yang telah disediakan.
Sejurus selepas itu, aktiviti disusuli dengan taklimat berkenaan simpanan yang disampaikan oleh Puan Selbiyah Ismail dan Puan Syafiqah Jema’at, Pegawai daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Adalah diharapkan aktiviti ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga Pangkalan Udara Subang.