MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT SERTA PENYAMPAIAN ANUGERAH STAF BANTUAN DAN JURULATIH CEMERLANG AKADEMI TENTERA UDARA

 DSC0102  DSC0118
 DSC0134  DSC0143

 

IPOH, 5 Mac 25 - Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat anggota serta Penyampaian Anugerah Staf Bantuan dan Jurulatih Cemerlang Akademi bertempat di Auditorium Nuri, Akademi Tentera Udara, Ipoh.

Seramai enam (6) orang anggota yang terlibat dalam upacara Pemakaian Pangkat didahului oleh F/Sjn Masaud bin Md Noor, telah dinaikkan pangkat ke pemangku PW U II, manakala tiga (3) anggota telah dinaikkan pangkat ke pemangku F/Sjn iaitu Sjn U Wan Mohd Shahil bin Wan Mohd Ramli, Sjn U Mohd Azrul bin Sudin dan Sjn U Mohamad Faizi bin Mat Zawawi. Selain itu, dua (2) orang anggota telah dinaikkan pangkat ke pemangku Sjn U iaitu Kpl U Wan Mohammad Khalis bin Wan Jusoh dan Kpl U Mohamad Khairul Faizi bin Abdul Halim.

Acara diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Staf Bantuan dan Jurulatih Cemerlang Akademi Penggal Keempat Tahun 2024. Bagi kategori PTTK Cemerlang telah dianugerahkan kepada F/Sjn Mohamad Fazial bin Hadiah manakala Kpl U Mohammad Nur Shafiq bin Zainal Abidin telah dipilih bagi kategori PTTR Cemerlang. Jurulatih Cemerlang bagi penggal kali ini disandang oleh F/Sjn Ahmad Syahmi bin Sauki.

Komandan ATU turut berkesempatan menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin yang hadir sebagai pemangkin semangat kepada semua anggota yang diraikan hari ini. Beliau juga berharap warga ATU dapat memanfaatkan Bulan Ramadan untuk mengerjakan ibadah serta melaksanakan tugas mengikut ketetapan yang telah digariskan agar setiap kerja mendapat keberkatan.

Semoga dengan penghargaan sebegini dapat memacu anggota terlibat untuk terus proaktif dalam memegang amanah yang dipertanggungjawabkan. Kepercayaan yang diberikan adalah hasil kerja keras yang ditonjolkan semasa penilaian kriteria mengikut tred masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan!

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer