PROGRAM JIWA MURNI PUSPEKA DI RUMAH KASIH PAYA JARAS SUNGAI BULOH

1 2 3
4 5

 

SUNGAI BULOH, 6 Mac 2025 – Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA), di bawah naungan MTU-Kejuruteraan daripada Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Program Jiwa Murni di Rumah Kasih Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Program ini dikoordinasikan oleh Tim Jiwa Murni PUSPEKA dan sumbangan telah disampaikan kepada Pengurus rumah kasih oleh Pengarah PUSPEKA, Kol Nornizam bin Kamarudin TUDM, bersama empat (4) pegawai dan lapan (10) anggota LLP. Aktiviti dimulakan dengan pemberian sumbangan wang tunai serta barang-barang keperluan asas yang diperlukan oleh rumah kebajikan tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk sama-sama berkongsi rezeki antara warga PUSPEKA serta anak-anak di rumah kasih bersempena bulan Ramadan. Hasil lawatan ini juga mampu memberi keinsafan dan mengajar erti kesyukuran dikalangan warga PUSPEKA.

Semoga usaha Program Jiwa Murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara tentera dan masyarakat, serta memberikan impak positif.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer