MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 9226 DSC 9249 DSC 9287
DSC 9297 DSC 9314 DSC 9341

 

KUANTAN, 5 Mac 25 – Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Edros bin AhmadOsman TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota Pangkalan Udara Kuantan bertempat di Bilik VIP 1, hari ini.

Dalam majlis ini, Kapt Mohd Azfaruddin bin Mat Alwi TUDM yang bertugas di No. 10 Skuadron telah dinaikkan pangkat ke Mejar TUDM. PW U II Mohd Hafiz Irwana bin Othman dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Udara I dan bertugas di Skuadron 401. Manakala seramai 9 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Udara II.

Seluruh warga pangkalan mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat menjadi daya penggerak dan semangat dalam melaksanakan tugasan dan amanah dengan penuh dedikasi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer