HARI PENGAJIAN AKADEMI TENTERA UDARA - ZAKAT MEMBAWA BERKAT

 DSC0041  DSC0044  DSC0046
 DSC0061  DSC0063  DSC0072

 

IPOH, 4 Mac 25 - Akademi Tentera Udara, Ipoh telah melaksanakan Hari Pengajian Akademi bertempat di Dewan Rajawali ATU. Semua warga Akademi telah hadir bagi program berkenaan yang turut melibatkan kakitangan awam.

Program yang bermula pada jam 0900 ini telah menjemput Ust Hj Mohd Ariffullah bin Hj Mashudi, Eksekutif Bahagian Operasi Kutipan, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak sebagai penceramah. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk Zakat Membawa Berkat. Turut hadir dalam sesi ceramah tersebut ialah Kol Rafiddee bin Dollah TUDM, Komandan ATU bersama barisan eksekutif lain.

Sepanjang program tersebut, warga Akademi didedahkan dengan kepentingan kutipan zakat terhadap pembangunan masyarakat setempat serta prosedur permohonan zakat khususnya bagi golongan asnaf. Ust Ariffullah turut menekankan realiti yang sering terjadi apabila ada segelintir masyarakat yang mengeksploitasi permohonan sumbangan Baitulmal sehingga menyebabkan syarat permohonan zakat menjadi lebih teliti.

Warga ATU juga turut didedahkan dengan pengiraan zakat harta secara tepat daripada jumlah pendapatan tahunan yang diperoleh serta pecahan pengurangan zakat yang dibenarkan. Kaunter potongan zakat turut disediakan bagi anggota dan kakitangan awam yang ingin mengemaskini potongan zakat masing-masing.

Warga ATU menyambut baik sesi ceramah yang dijalankan hari ini dan berharap program seumpamanya dapat dilaksanakan lagi bagi menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan moto Cergas Berdisiplin.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer