LAWATAN KERJA AKS TADBIR DAN SESI DIALOG BERSAMA WARGA CAWANGAN TADBIR PANGKALAN UDARA LABUAN

1 2 3
4 5 6

 

LABUAN, 19 Jan 24 – Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM bersama delegasi telah membuat lawatan kerja ke Pangkalan Udara Labuan. Delegasi lawatan ini juga turut disertai oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM, PS 1 Dasar MTU, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM dan beberapa pegawai dan anggota dari Bahagian Tadbir Cawang Perkhidmatan, Markas Tentera Udara (MTU).

Ketibaan AKS Tadbir bersama delegasi telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Hj Mohammad Taha bin Hamdan TUDM dan Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM. Sebaik ketibaan AKS Tadbir di Pangkalan Udara Labuan, beliau telah diberi hormat oleh Kawalan Kuarter oleh PU Labuan. Seterusnya AKS Tadbir dan delegasi bergerak ke Wisma Perwira bagi sesi tandatangan buku lawatan.

7 8 9
10 11 12



Selesai acara menandatangani buku lawatan, AKS Tadbir bergerak ke Dewan Banquet Wisma Perwira bagi meneruskan sesi Dialog AKS Tadbir bersama Warga Cawangan Tadbir yang terdiri daripada pegawai, anggota LLP dan staf tadbir awam dari Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) dan Pangkalan Udara Labuan. Sesi dialog ini diakhiri dengan acara bergambar kenang-kenangan AKS Tadbir bersama warga MAWILUD 2 dan PU Labuan.

Lawatan AKS Tadbir seterusnya bergerak ke GAPMATA bagi melihat sendiri pengoperasian Syarikat tersebut dalam memastikan sajian yang disediakan kepada anggota berada dalam keadaan yang baik. Seterusnya AKS Tadbir dibawa ke Koperasi Tentera bagi melihat pengoperasian disamping melawat tapak pembinaan baru Koperasi Tentera. Dalam lawatan ini juga diadakan Mesyuarat Prestasi Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) ATM bagi zon Labuan tahun 2024 yang dipengerusikan oleh AKS Tadbir.

Sebelum mengakhiri lawatan, beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Markas Wilayah 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafis bin Wan Mahmud TUDM di pejabat beliau. Kunjungan ini juga merupakan kunjungan terakhir AKS Tadbir kepada Panglima Wilayah Udara 2 sebelum beliau menamatkan perkhidmatan.