SENDAYAN, 23 Jan 24 - Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Azman bin Taub TUDM telah menyempurnakan Perbarisan Komander Pangkalan yang pertama bagi Tahun 2024 setelah menjawat jawatan tersebut mulai 2 Jan 24 di Padang Kawad Pangkalan Udara Sendayan.
Perbarisan ini adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rejimental di peringkat pangkalan yang telah dirancang bagi tahun 2024 bertujuan memastikan keseimbangan motivasi, moral dan komitmen warga Pangkalan Udara Sendayan selari dengan hasrat pucuk pimpinan semasa.
Perbarisan telah diketuai oleh Ketua Skn 221 HANDAU, Mej Muhammad Rezza bin Sharuddin TUDM serta melibatkan 4 pegawai dan 109 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Semasa perbarisan, Komander Pangkalan Udara Sendayan turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada lapan orang anggota LLP.
Komander Pangkalan Udara Sendayan semasa dalam ucapan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM selaku mantan komander pangkalan, atas khidmat bakti serta sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini.
Beliau juga telah menyampaikan Commander's Intent kepada semua warga PU Sendayan. Antara yang dihasratkan adalah Pematuhan kepada Etika Ketenteraan dan ‘Basic Military Dicipline’ dipraktikkan oleh semua nggota TUDM di PU Sendayan; Pemerkasaan SNCO Empowerment; Tanggungjawab bagi mengenali Specific Job oleh Warga PU Sendayan dan Penekanan kepada Kebajikan Warga dan Keluarga PU Sendayan.