UJIAN KECERGASAN LARIAN RMAF 10 KM CHALLENGE FASA PERTAMA PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

BAZ 8544 DSC 0536 DSC 0538
DSC 1075 DSC 0685 DSC 0768

 

GONG KEDAK, 19 Jan 24 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Ujian Kecergasan Larian RMAF 10 km Challenge Fasa Pertama melibatkan penyertaan dari pegawai dan anggota PUGK iaitu selain dari yang terlibat dengan tugas pangkalan. Semua pegawai dan anggota LLP telah berkumpul di Padang Kawad Pangkalan Udara Gong Kedak seawal jam 0645 selepas solat Subuh berjemaah di Masjid Ar-Raudah, PU Gong Kedak.

Program dimulai dengan pemanasan badan dan taklimat keselamatan serta laluan larian yang dikendalikan oleh Jurulatih Jasmani pangkalan. Laluan larian sejauh 10 km yang telah ditetapkan merangkumi kawasan perimeter teknikal. Bagi mencapai kecergasan yang telah digariskan, kesemua peserta larian perlu mencapai tempoh masa mengikut umur yang telah ditetapkan. Bagi tujuan keselamatan, petugas kesihatan daripada RSAT pangkalan turut ditugaskan sepanjang aktiviti larian ini bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan sekiranya diperlukan.

DSC 0598 DSC 0590 DSC 1027
BAZ 9392 BAZ 9399 BAZ 9428 1

 

Acara larian tamat pada jam 0930 pagi dan semua peserta larian berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa ditetapkan dan tiada laporan kecederaan sepanjang acara dilaksanakan. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Pangkalan Udara Gong Kedak yang terlibat dan diharapkan penganjuran larian ini dapat memupuk budaya sihat di kalangan warga anggota TUDM.