EDUCATIONAL VISIT COMMO SIRI 23/25 DAN COC SIRI 20/25

WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.23 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.25 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.28 1
WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.28 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.29 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.31
WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.32 1 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.32 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.33 1
WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.33 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.11.34 WhatsApp Image 2025 10 31 at 16.12.10

 

KUANTAN, 30 Okt 25 – Peserta Communication Officer Course (COMMO) Siri 23/25 dan Communication Operator Course (COC) Siri 20/25, Sekolah Komunikasi (SKOM), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah berpeluang melaksanakan Lawatan Sambil Belajar (Educational Visit) pada 30 Oktober 2025 bertempat di 4 Skuadron Semboyan Briged Infantri Mekanize (4 SSB Mek), Kem Batu 10, Kuantan.

Lawatan ini diketuai oleh Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, Ketua Jurulatih Latihan INSPRA, bersama 10 x Jurulatih SKOM dan 44 x Peserta COMMO dan COC.

Kehadiran peserta kursus telah disambut oleh Lt Kol Hj Halim Shah bin Salleh, Pegawai Memerintah 4 SSB Mek. Sebagai pengisian utama lawatan, 4 SSB Mek telah mempersembahkan demonstrasi komunikasi medan menggunakan Kenderaan Jenis A (KJA) ACV-300 ADNAN. Peserta kursus turut diberikan pendedahan secara praktikal melalui beberapa stesen demonstrasi yang melibatkan Pusat Komunikasi Medan (PUSKOM Medan), Pos Perintah (POSTAH), Kenderaan Komunikasi Fitted For Radio (FFR) serta demonstrasi pemasangan antena.


Objektif utama penganjuran lawatan ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti jenis serta spesifikasi radio dan peralatan komunikasi terkini yang digunakan oleh Rejimen Semboyan Diraja (RSD).

2. Memberikan pendedahan kepada jurulatih dan peserta kursus mengenai pengoperasian sistem komunikasi kenderaan dan kenderaan perisai.

3. Memberikan kefahaman mengenai pemasangan serta integrasi sistem komunikasi pada aset operasi lain, termasuk joint force communication antara perkhidmatan.

Penganjuran lawatan seumpama ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penambahbaikan dalam aspek komunikasi ketenteraan TUDM, di samping memperkukuh hubungan kerjasama antara TUDM dan TDM dalam bidang komunikasi bersama.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY