![]() |
![]() |
![]() |
SHAH ALAM, 3 Februari 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Subang telah berlangsung pada 3 Feb 26 di Markas Pangkalan. Majlis ini melibatkan penyerahan tugasan daripada Lt Kol Chairil Ashraff bin Arshad TUDM kepada Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM.
Majlis berkenaan telah disaksikan oleh Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang. Turut hadir bersama semasa majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Memerintah Skn dan Ketua-Ketua Cawangan Pangkalan Udara Subang.






