KOLEJ TENTERA UDARA MENERIMA ANUGERAH PENGANJUR DERMA DARAH TERBAIK NEGERI KEDAH

WhatsApp Image 2023 06 15 at 234834 WhatsApp Image 2023 06 15 at 234835 WhatsApp Image 2023 06 15 at 234836

 

ALOR SETAR, 14 Jun 23 - Kolej Tentera Udara telah dianugerahkan Penganjur Derma Darah Terbaik bagi Negeri Kedah sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2023 semasa majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Farique Rizal Bin Abdul Hamid di Hospital Sultanah Bahiyah.

Tahniah diucapkan kepada Kolej Tentera Udara yang telah mengharumkan nama TUDM dan terima kasih di atas kerjasama 817 Rumah Sakit Angkatan Tentera, KTU atas penganjuran program derma darah dan kepada seluruh warga Kolej yang turut sama menjayakan program ini demi kesinambungan kehidupan bagi mereka yang memerlukan.

Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM menyeru agar seluruh warga KTU terus prihatin dan membantu dengan menderma darah secara berterusan. Semoga usaha murni sepeti ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada seluruh warga Kolej untuk memberikan perkhidmatan terbaik setiap masa.

'Derma Darah, Derma Plasma, Derma Berterusan, Demi Kehidupan'