PENGANJURAN JULUNG KALI KURSUS PTTK ANTIDADAH OLEH CPM KE ARAH MEMPERKASAKAN PELAKSANAAN ANTI DADAH TUDM

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SENDAYAN, 16 Jun 23 - Cawangan Provos Marsyal TUDM buat julung kalinya telah menganjurkan Kursus PTTK Antidadah Pangkalan yang bermula pada 12 hingga 16 Jun 23 bertempat di CPM TUDM, PU Sendayan. Seramai 39 orang PTTK dari seluruh Malaysia telah didedahkan dengan bidang tugas PTTK Antidadah dalam kursus ini.

Peserta kursus diajar tentang tindakan yang perlu diambil bagi menangani permasalahan berkaitan dadah yang berlaku melibatkan anggota di pangkalan,unit, skuadron dan cawangan. Selain daripada itu, kursus PTTK Antidadah ini menyediakan peserta agar mempunyai rasa tanggungjawab untuk memerangi najis dadah dan seterusnya membantu Pegawai Antidadah dalam memenuhi senarai semak pemeriksaan IGTU dengan menjalankan aktiviti atau program antidadah.

Kursus ini juga dapat memberi kefahaman kepada peserta terhadap fungsi dan peranan agensi penguatkuasa awam dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta pemulihan penagihan.

Sel Narkotik CPM TUDM telahmenunjukkan demonstrasi bagaimana ujian saringan air kencing dilaksanakan mengikut PMAT Bil 2 Tahun 2022. Sepanjang kursus berlangsung, sesi pembelajaran dalam kelas telah melibatkan penguat kuasa ATM dari 48 CSJ dan Provos Tentera Laut (PROTELA); dan dari agensi luar seperti PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Peserta kursus turut dibawa melawat Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jelebu dan Agensi Antidadah Kebangsaan di Kuala Pilah. Akhir sekali, peserta kursus diberi pendedahan berkaitan akta dan direktif berkait penyalahgunaan dadah serta proses pemberhentian anggota yang terlibat.

Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM yang diiringi oleh Provos Marsyal Udara, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM. Turut hadir ke acara penutup majlis adalah Pengarah Markas Pasukan Simpanan TUDM, Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM dan Pengarah Perundangan Markas Tentera Udara, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM.

Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan ke arah membenteras penyalahgunaan dadah di kalangan warga udara khususnya dapat dipertingkatkan dan memberi kesedaran kepada seluruh warga TUDM agar memelihara diri dan keluarga daripada terjebak dengan segala bentuk penyalahgunaan dadah berbahaya yang menjadi perosak kepada organisasi dan negara.