KEPRIHATINAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGA PU GONG KEDAK TERHADAP KOMUNITI SETEMPAT DENGAN MENDERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDM KE-65

BAZ 7195 BAZ 7241 BAZ 7295
BAZ 7336 BAZ 7366 BAZ 7392

 

GONG KEDAK, 15 Jun 23 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan telah melaksanakan program derma darah di Dewan KOMATRA, PU Gong Kedak. Program ini merupakan inisiatif pihak pangkalan bersama HUSM Sempena Hari Ulang tahun TUDM ke-65 dalam membantu mereka menangani masalah kekurangan bekalan darah berikutan peningkatan kes yang memerlukan rawatan transfusi darah setiap tahun.

Program Derma Darah ini melibatkan 2 orang Pegawai Perubatan dan 20 orang kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta seorang Pegawai Perubatan dan 4 Anggota LLP RSAT Pangkalan. Program telah mendapat sambutan dengan 122 orang warga pangkalan yang terdiri daripada anggota, Staf Tadbir Awam serta ahli BAKAT mendaftar untuk menderma darah.

Pihak Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta PU Gong Kedak khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Acara seperti ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu perkhidmatan transfusi darah HUSM disamping mengeratkan kerjasama dan hubungan dua hala antara TUDM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. “KUASA UDARA, PERISAI KEDAULATAN NEGARA”