PERBARISAN PEGAWAI WARAN INSMAT

DSC 0766 DSC 0775 DSC 0829
DSC 0891 DSC 0912 DSC 0929

 

KINRARA, 18 Nov 2025 - Padang Kawad INSMAT TUDM Kinrara cergas dan bersemangat warga INSMAT TUDM Kinrara apabila berlangsungnya Perbarisan Pegawai Waran INSMAT yang diketuai oleh PW U II Muhd Safian bin Abu Bakar. Seramai 130 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam perbarisan ini yang terbahagi kepada tiga flait.

Dalam ucapan Pegawai Waran INSMAT, PW U II Ahmad Syahmi bin Sauki menegaskan bahawa pentingnya disiplin bagi seseorang anggota tentera kerana tanpa disiplin, kita akan hilang arah dan tidak mampu melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan serta jadikan disiplin sebagai budaya harian, bukan hanya membodek ketika berada di hadapan pegawai atasan.
Beliau dengan tegas menekankan tentang kesalahan tatatertib yang merangkumi beberapa kesalahan iaitu, judi, penyalahgunaan dadah dan buli yang amat merisaukan ketika ini. Beliau menegaskan supaya setiap warga INSMAT agar menjauhi sebarang salah laku dan pelanggaran tatatertib yang boleh mencemarkan nama baik diri sendiri, pasukan dan TUDM.

Dalam memberikan penekanan dalam ucapan beliau, Pegawai Waran INSMAT turut memperingati warga INSMAT supaya selami dan fahami Enam Tonggak Utama yang terkandung di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara dan arahan-arahan semasa yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Mengakhiri ucapan beliau, Pegawai Waran INSMAT menyeru kepada seluruh warga INSMAT bersama-sama berazam untuk menjadi warga TUDM yang berdisiplin, bebas daripada judi, dadah, buli dan diakhir kata, beliau dengan bersungguh-sungguh mengingatkan seluruh warga INSMAT supaya mengenali pegawai kanan bukan sekadar tahu nama dan pangkat tetapi memahami peranan yang disandang demi kelangsungan organisasi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY