![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 6 Feb 25 - Cawangan Tadbir Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Cawangan Kuala Terengganu telah menganjurkan program Pendaftaran Pertukaran Tempat Mengundi bertempat di Dewan Serbaguna, PU Gong Kedak.
Program ini telah dilaksanakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Feb 24 bagi memberi peluang kepada pegawai dan anggota LLP yang baru bertukar masuk bagi membuat pertukaran tempat mengundi yang menjadi salah satu tanggungjawab agar mengemaskini tempat mengundi apabila berlakunya pertukaran penempatan tempat bertugas.
Seramai 189 terdiri daripada pegawai dan anggota LLP termasuk pasangan telah hadir membuat pertukaran tempat mengundi dalam program yang telah dilaksanakan.
Pihak pangkalan mengucapkan terima kasih kepada SPR Cawangan Kuala Terenganu membantu mempermudahkan urusan warga PUGK dan semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan data lokaliti mengundi bagi pegawai dan aggota LLP sentiasa dikemaskini mengikut penempatan terkini.