WARGA TUDM KEMENTERIAN PERTAHANAN TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU-15)

2 4 7
9 10 11
12 13 14

 

KUALA LUMPUR, 15 November 2022 - Warga TUDM termasuk pasangan yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan dan Kem KEMENTAH hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di dua (2) lokaliti iaitu di Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (DTHO) dan Sekolah Menengah Kebangsaaan Desa Tun Hussein Onn.

Seawal jam 8.00 pagi, warga TUDM telah berkumpul bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang sepertimana yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di kawasan mereka berkhidmat.

15 17 19
20 21 22
23 24 25

 

Antara yang melaksanakan Pengundian Awal ialah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; mantan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM (Bersara) masing-masing bersama isteri; Ketua Pengarah Sekretariat, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM serta pegawai-pegawai kanan dan anggota LLP yang bertugas di Kementerian Pertahanan.