UPACARA SERAH TERIMA TUGAS ASISTEN KETUA STAF OPERASI DAN STRATEGI

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 6 Dis 22 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyaksikan upacara Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi, hari ini yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan iaitu di antara Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hj Hamid TUDM dengan Mej Jen Dato Hj Saharuddin bin Mansor TUDM.

Sebagai simbolik kepada peralihan pemerintahan, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hj Hamid TUDM telah menyerahkan sijil Serah Terima Tugas AKS OS kepada Mej Jen Dato Hj Saharuddin bin Mansor TUDM sambil disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, AKS-AKS serta pegawai kanan TUDM dan warga Bahagian Operasi dan Strategi.

Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hj Hamid TUDM akan bertukar keluar ke Markas Angkatan Tentera Malaysia dan menggalas jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pertahanan, Bahagian Perancangan Pertahanan menggantikan Mej Jen Dato Hj Saharuddin bin Mansor TUDM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hj Hamid TUDM di atas segala jasa, sumbangan dan bakti yang dicurahkan sepanjang menjawat jawatan sebagai AKS Operasi dan Strategi juga atas khidmat serta budi sepanjang di dalam perkhidmatan di TUDM. Semoga beroleh kejayaan yang berterusan di tempat berkhidmat yang baharu. Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga diucapkan kepada Mej Jen Dato Hj Saharuddin bin Mansor TUDM sebagai AKS Operasi dan Strategi yang baharu.