KUALA LUMPUR, 6 Januari 2021 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat pegawai kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.
Pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat adalah Lt Kol W. Mohammad Azhar bin W. Mamat TUDM. Beliau telah dinaikkan ke pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM berkuatkuasa mulai 4 Januari 2021 dan memegang jawatan sebagai Komandan di Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA).
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM yang lain.