TPTU MENYEMPURNAKAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ENAM PEGAWAI KANAN TUDM

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei 24 - Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kanan TUDM, hari ini.

Majlis yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara ini menyaksikan enam (6) Pegawai Kanan TUDM berpangkat Mej TUDM telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM.

7 8 9
10 11 12

 

Mendahului senarai adalah Mej Mohamad Fairuz bin Ishah TUDM diikuti oleh Mej Salamah binti Jakaria TUDM, Mej Fauzan bin Karim TUDM, Mej Roslin Faradilah binti Rosman TUDM, Mej Gulam Yahaya bin Gulam Mustafa TUDM dan Mej Ali bin Mohamad TUDM.

Majlis pemakaian pangkat ini turut disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.

13 14 15

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua untuk terus maju jaya dalam perkhidmatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer