![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 30 Julai 2025- Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah, Cawangan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat ini bersempena dengan persaraan Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM di dalam perkhidmatan ATM tidak lama lagi.
Timbalan Panglima Tentera Udara mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM di atas segala komitmen, keringat dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan. Semoga terus maju jaya dan selamat bersara.