![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 29 Julai 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komandan Maktab Tentera Diraja, Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM di pejabat beliau hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform kepada Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada Timbalan Panglima Tentera Udara dalam usaha melaksanakan penambahbaikan kepada Maktab Tentera Diraja untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang lebih progresif, dinamik dan berdaya saing selaras dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia menuju Angkatan Masa Hadapan.
Pertemuan ini turut membuka ruang kerjasama strategik antara TUDM dan institusi pendidikan ketenteraan dalam merangka pelan pembangunan modal insan yang berteraskan kepimpinan, jati diri serta kecemerlangan akademik dan ketenteraan.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan dalam menyokong usaha melahirkan perwira bangsa yang bukan sahaja cemerlang dari segi fizikal dan mental tetapi juga berwawasan serta berpandangan jauh dalam mendepani cabaran masa hadapan.