TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ASISTEN KETUA STAF PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

1 2

 

KUALA LUMPUR, 3 Jul 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P&P), Mejar Jeneral Mohd Sani bin Omar TUDM dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan ini merupakan yang pertama oleh Mejar Jeneral Mohd Sani sejak beliau dilantik secara rasmi sebagai AKS P&P yang baharu.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk beliau mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada kepimpinan tertinggi TUDM dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, khususnya berkaitan aspek perancangan strategik dan pembangunan keupayaan seiring dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN