KUALA LUMPUR, 23 Sep 21 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua orang anggota LLP yang bertugas di pejabat beliau hari ini.
Anggota yang dinaikkan pangkat ialah LU Alanvest Alley anak Stanley dan LU Mohamad Helmi bin Mohd Imran di mana kedua-dua anggota dinaikkan pangkat ke Laskar Udara Kanan (LUK) mengikut prosedur peningkatan kerjaya masing-masing.
Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat serta terus kekal cemerlang memikul tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.